PANDUAN PENGGUNAAN E-FORM SUPEP 10

Hanya 5 langkah utama atau 7 langkah bagi penggunaan pertama menggunakan fail ini untuk membuat analisis data peperiksaan awam dan seterusnya membuat perbandingan prestasi dalam 5 tahun akhir serta perbandingan dengan peperiksaan dalaman .


Pengguna lama - 5 langkah sahaja:
HOME PAGE --> SETTING --> DATA INDIVIDU --> ANALISIS 1--> POST MORTEM

Pengguna baharu (Penggunaan pertama) - 7 langkah sahaja:
HOME PAGE --> SETTING --> DATA INDIVIDU --> ANALISIS 1 --> POST MORTEM ----> ANALISA KESELURUHAN --> 5 TAHUN

Sila ke helaian-helaian yang dinyatakan dan WAJIB mengikut urutan langkah di bawah untuk memudahkan dan menjimatkan masa penggunaan. Ini juga disebabkan ada helaian yang memerlukan data pada helaian sebelumnya.


Langkah 1: Helaian HOMPE PAGE

1.1 Sebelum menggunakan fail ini, pastikan macro MS Excel anda telah disetkan kepada ENABLE. Rujuk cara setting macro MS Excel pelbagai versi di sini.

1.2. Buka fail E-Form SU PEP yang dibekalkan. Menu pengenalan Pengguna Berdaftar akan dipaparkan diikuti dengan MENU UTAMA yang menyediakan laluan pantas ke beberapa helaian yang terdapat dalam fail ini. Klik pilihan HOME PAGE untuk ke helaian HOME PAGE. Sebelum meneruskan keyin data adalah lebih baik menyimpan fail dengan 'Save as' kepada nama fail baharu kerana fail ini akan autosave apabila ditutup (close file) nanti.

MENU UTAMA
Menu Utama

1.3. Klik menu LOCK/UNLOCK dan masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang dibekalkan (tiak perlu 'unprotect sheet' melalui tool menu excel). Nama Pengguna dan Kata Laluan yang sah diperlukan untuk membolehkan pengguna key-in atau mengubah sebarang data dalam helaian-helaian yang perlu dimasukkan data (tab helaian berwarna merah) serta dalam sel-sel yang berkenaan (berwarna hijau). Helaian dan sel-sel lain kekal dalam mode protected untuk mengelakkan gangguan pada formula secara tidak sengaja.


HOME PAGE


1.4. Penuhkan data yang diperlukan dalam helaian HOME PAGE berkenaan.


Langkah 2: Sila ke helaian SETTING.

Helaian SETTING


2.1. Dalam helaian SETTING isikan maklumat dalam sel berwarna hijau pada Jadual B dan Jadual C seperti berikut:

a) Jadual B - Senarai nama kelas dan guru kelas. Digalakkan menggunakan singkatan nama kelas dan nama guru kelas sahaja untuk paparan cetakan yang kemas. Nama guru kelas akan dipaparkan dalam analisis yang melibatkan kelas berkenaan.

b) Jadual C - Daftarkan senarai mata pelajaran yang berkenaan.

i. Input Kod mata pelajaran mengìkut kod rasmi peperiksaan yang berkenaan.

ii. Input nama KP atau Guru Kanan mata pelajaran (optional). Nama KP akan dipaparkan dalam analisis yang melibatkan mata pelajaran berkenaan.

iii. Pilih status "Wajib Lulus" mata pelajaran berkenaan. Setting ini akan menentukan status kelulusan calon berdasarkan respon mata pelajaran yang berstatus 'YA' sahaja.

Sebaiknya sebelum meneruskan pemasukkan data di helaian seterusnya, senarai subjek dalam helaian ini disusun (sort) mengikut kod. Sila gunakan kemudahan butang SORT KOD yang disediakan.

PERHATIAN: Kemudahan SORT KOD tidak akan berfungsi jika telah terdapat data di helian-helaian seterusnya.


Langkah 3: Helaian DATA INDIVIDU


Helaian DATA INDIVIDU

3.1. Dalam helaian DATA INDIVIDU, keyin maklumat calon dan keputusan setiap mata pelajaran yang diambil oleh calon dalam jadual yang disediakan. Biarkan tanpa data mana-mana mata pelajaran yang tidak berkenaan dengan calon. Maklumat calon boleh di copy & paste daripada sumber lain, tetapi pastikan menggunakan kemudahan paste special --> value atau unicode text untuk memastikan struktur paparan tidak terganggu.

3.2 Untuk memudahkan pengguna memasukkan data, kemudahan FREEZE PANE disediakan melalui butang UTILITI (Sila klik butang UTILITI).


Menu UTILITI


PERHATIAN:
BERHATI-HATI MEMASUKKAN GRED DATA INDIVIDU KERANA SEBARANG KESILAPAN DATA AKAN MEMBERI KESAN SECARA LANSUNG KEPADA ANALISIS YANG AKAN DIJANA.


Langkah 4: Helaian ANALISIS 1


Helaian ANALISIS 1

4.1. Helaian ini akan membuat perbandingan perolehan setiap gred untuk setiap mata pelajaran untuk tahun semasa dan tahun lalu. Data tahun semasa telah tersedia berdasarkan data yang telah dimasukkan di helaian DATA INDIVIDU tadi.

4.2 Untuk memudahkan pengguna memasukkan data, kemudahan FREEZE PANE disediakan melalui butang UTILITI (Sila klik butang UTILITI).


Menu UTILITI


4.3. Pengguna berdaftar yang telah mempunyai tapak fail versi 10 untuk data tahun lalu boleh menggunakan kemudahan IMPORT DATA TAHUN LALU untuk memasukan bilangan gred setiap subjek secara auto.

4.4 Penggunaan kemudahan IMPORT DATA TAHUN LALU juga akan turut mengimport data-data lain yang diperlukan untuk kegunaan di helaian ANALISA KESELURUHAN dan helaian 5 TAHUN. Maka tugas keyin data bagi admin selesai (bagi pengguna lama). Bagi pengguna pertama kali menggunakan template ini, teruskan ke Langkah 5.

4.5 Jika memasukkan data secara manual. keyin dalam sel hijau sahaja.



Langkah 5: Helaian POST MORTEM


5.1 Helaian ini akan membuat analisis perbandingan prestasi semasa dengan prestasi peperiksaan dalaman sekolah dan setiap subjek.

5.2 Penuhkan Jadual A untuk data prestasi sekolah dalam tahun semasa iaitu data TOV, PERCUBAAN dan ETR.

Jadual A

5.3 Penuhkan Jadual B untuk data  TOV, PERCUBAAN dan ETR setiap mata pelajaran.

Jadual B

5.4 Data ETR dimasukkan dalam Jadual B akan menjadi rujukan KPI di helaian ANALISA KESELURUHAN (Jadual F1).



Langkah 6: Helaian ANALISA KESELURUHAN



Helaian ANALISA KESELURUHAN

6.1. Pada tahap ini, hasil analisis keputusan terkini akan dipaparkan dalam helaian ANALISA KESELURUHAN ini. Analisis keputusan peperiksaan semasa sudahpun siap.

6.2 Perbandingan data tahun lalu iaitu KPI peratus lulus dan KPI gred mata pelajaran telah lengkap di bahagian Jadual F1 (sumber daripada helaian ANALISIS 1).

6.3 Pengguna hanya perlu keyin prestasi sekolah tahun lalu di bahagian Jadual F2 sahaja.



Langkah 7: Helaian 5 TAHUN


7.1. Dalam helaian '5 TAHUN', data prestasi sekolah dan mata pelajaran untuk tahun semasa dan tahun lalu telah tersedia yang dibaca daripada data yang telah dimasukkan dihelaian-helaian sebelumnya. Pengguna hanya perlu memasukkan data 3 tahun lepas selebihnya sahaja.

7.2 Jadual A - Data prestasi sekolah iaitu peratus lulus keseluruhan dan GPS. 

Jadual A

7.3 Jadual E - Data prestasi peratus lulus setiap mata pelajaran.


Jadual E

7.4 Jadual F - Data prestasi gred purata mata pelajaran (GPMP) setiap mata pelajaran.

Jadual F

7.5 Selepas data yang diperlukan dimasukkan, maka pelbagai analisais akan dijana yang disusun dalam helaian-helaian yang berkenaan. Setiap helaian telah disusun dengan kemas untuk cetakan.

7.6. Selepas Setiausaha Peperiksaan melengkapkan fail ini, maka pihak lain (pengguna kedua) seperti Guru Kanan, Ketua Panitia, Ketua Bidang dan pentadbir boleh mendapatkan salinan softcopy fail. Kaedah ini dapat mengurangkan penggunaan kertas dan meringankan tugas Setiausaha Peperiksaan dalam membekalkan maklumat pelbagai analisis kepada pihak berkenaan.

7.7 Fail ini dicadangkan juga dipaparkan (show) ketika sesi mesyuarat dialog prestasi diperingkat panitia atau sekolah kerana ciri-ciri yang fleksibel dalam memaparkan prestasi mengikut setiap mata pelajaran dan kelas.

7.8 Sila ke lain-lain helaian untuk menjana dan mencetak pelbagai analisis yang dihasilkan. Setiap helaian dilengkapkan dengan logo dan alamat sekolah yang lengkap agar ianya boleh terus dijadikan sebagai cetakan laporan akhir tanpa perlu mengolah atau membina semula graf untuk tujuan pelaporan.



 


"SELAMAT MEMBUAT ANALISIS PEPERIKSAAN
UPSR/PT3/SPM/SMU/STAM DENGAN GEMBIRA"


CAN I HELP YOU?
"WORK SMART IT IS NOT
HOW HARD YOU WORK
BUT HOW MUCH
YOU GET DONE"


Klik maklumbalas daripada rakan setiausaha peperiksaan yang menggunakan template EForm SUPEP ini.



MAKLUM BALAS DARIPADA RAKAN SU PEPERIKSAAN.

#dh siap tgh print, #tanpa tutorial


#terbaik la form ni

#sgt2 byk membantu


#sgt memudahkan kerja sy
#SPM2016


#tiada sebarang masalah
#mudah membuat analisis SPM thn nie


#  jam 11 dah siap
#SPM2016

#sangat bagus, #baru PK1 tengok dgn detail
#SPM2016


#Sangat puas hati
#PT3 2016

#Cantik dan kemas
#UPSR 2016

#sangat efektif & memudahkan kerja


#memudahkan & meringankan beban

#dijana dengan baik

#boleh tidur lena

#senang hati, kerja setel
#semangat buat analisa
#nak keyin utk tahun depan

#semua suka

#canggihnye eform ni
#tak perlu cari manual lagi
#terus ada semua

#selesai dah pagi tadi
#SPM2020

#selama nie xpernah analisis kualiti
#bos sy pun kagum
#SPM2020

#semua jenis analisis diberi dengan pantas
#SPM2020


#boleh import data
#SPM2020


#semua data boleh dapat dalam eform ni
#SPM2020


#masing2 KP nak tahu sapa lulus & gagal
#SPM2020


Amboi semangat membara rakan-rakan SU Peperiksaan!

*****

dan banyak lagi dalam simpanan....




TEMPAHAN FAIL EFORM SUPEP.

Kaedah 1:

Berikut maklumat diperlukan:
1. Nama Sekolah:*
2. Alamat Sekolah:*
3. No. Telefon:*
4. No. Faks:*
5. E-mail sekolah:*
6. Kod Sekolah:*
7. Nama dan no telefon SU UPSR/PT3/SPM/SMU/STAM*
8. Nama Pengetua (optional):
9. Senarai Mata Pelajaran yang ditawarkan oleh sekolah (optional)
10. Logo sekolah yang jelas*

*wajib disertakan

Hantar semua maklumat di atas samada melalui:
1. Telegram 0135450160 (pilihan terbaik)
2. Whatsap 013540160
3. e-mailkan ke arivai@gmail.com

Kaedah 2:

Isikan maklumat ringkas di Borang Tempahan Online di sebelah dan anda akan dihubungi untuk maklumat selanjutnya.

Pengguna digalakkan install Telegram Dekstop (melalui link https://desktop.telegram.org ) di PC/Laptop untuk memudahkan penghantaran fail dan sesi tutorial.



Penghantaran fail hanya dalam bentuk softcopy sahaja melalui Telegram Dekstop atau email. Tiada penghantaran melalui CD atau sebarang bentuk fizikal disediakan kerana fail ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

OUTPUT ANALISA FAIL E-FORM SUPEP 2016

Tambahan output baharu dalam versi 10, (Mac 2020)
1. Helaian POST-MORTEM untuk melihat perkembangan prestasi TOV, PERCUBAAN, ETR dan Peperiksaan sebenar secara keseluruhan.

2. Analisis graf dipisahkan (mana yang berkenaan) dalam helaian yang berbeza.

Link untuk contoh output SPM 2016



Tambahan output baharu dalam versi 7, 2017 (7.2.1l
1. Analisis dan graf perbandingan perolehan dengan tahun lepas setiap gred untuk setiap mata pelajaran.
2. Analisis dan graf perolehan gred cemerlang mengikut kelas dan mengikut bilangan gred cemerlang .
3. Senarai nama dan rumusan  individu mengikut kelas atau beberapa kelas pilihan pengguna.

Tambahan output baharu dalam versi 2016:
1. Peratus Lulus Sekolah (5 Tahun terkini)
2. Gred Purata Sekolah (5 Tahun terkini)
3. Peratus GPS (5 Tahun terkini)
4. Peratus Lulus setiap MP (5 Tahun terkini)
5. Gred Purata setiap MP (5 Tahun terkini)
6. Peratus GPMP setiap MP (5 Tahun terkini)

Output fail e-Form SUPEP disusun kemas dalam helaian-helaian excel yang dipaparkan dalam format:
1. Analisa Berjadual
2. Graf Palang dan
3. Senarai nama calon mengikut kreteria yang telah ditetapkan.

A. Antara Output Analisa yang dijanakan oleh fail e-Form SUPEP adalah:

1. Rumusan Keputusan Individu (Helaian RUMUSAN INDIVIDU)
2. Analisa Subjek Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
3. Analisa Kelas Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
4. Analisa Perbandingan Keseluruhan (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
5. Analisa Taburan Perolehan Gred Cemerlang (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
6. Analisa Taburan Peratus Lulus Mata Pelajaran (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
7. Analisa Taburan Gred Purata Mata Pelajaran (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
8. Analisa Bilangan Cemerlang, Near Miss Cemerlang dan Near Miss Lulus (Helaian ANALISA KESELURUHAN)
9. Analisa Subjek Berdasarkan Kelas (Helaian SUBJEK-KELAS)
10. Senarai Pelajar Cemerlang (Helaian CEMERLANG)
11. Senarai Pelajar Near Miss Cemerlang (Helaian NMC)
12. Senarai Pelajar Near Miss Lulus (Helaian NML)
13. Senarai Pelajar Terbaik - mengikut tafsiran sekolah (Helaian TERBAIK)
14. Senarai Pelajar Lulus mengikut subjek tertentu (Helaian LULUS-SUBJEK)
15. Senarai Pelajar Gagal mengikut subjek tertentu (Helaian GAGAL-SUBJEK)
16. Senarai Pelajar yang mengambil subjek tertentu (Helaian PELAJAR-SUBJEK

B. Antara Output Graf yang dijanakan oleh e-Form SUPEP ialah:
1. Graf Peratus Lulus mengikut subjek ( Helaian GRAF)
2. Graf Gred Purata Mata Pelajaran mengikut subjek ( Helaian GRAF)
3. Graf Peratus Kelulusan mengikut kelas  ( Helaian GRAF)
4. Graf Perbandingan Peratus Lulus Keseluruhan dengan tahun sebelumnya ( Helaian GRAF)
5. Graf Perbandingan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan tahun sebelumnya ( Helaian GRAF)
6. Graf Peratus Kelulusan sesuatu subjek mengikut kelas (Helaian SUBJEK-KELAS)
7. Graf Gred Purata Mata Pelajaran sesuatu subjek mengikut kelas (Helaian SUBJEK-KELAS)

Output sentiasa ditambah mengikut permintaan pengguna jika relevan dengan data yang ada.

Sila klik link di bawah utk melihat dan muat turun sebahagian daripada output daripada file:







PENGENALAN




Pencetus idea

Melihat kesukaran rakan sejawat membuat analisis tambahan secara manual (seperti membina graf atau mengeluarkan senarai nama berdasarkan keperluan tertentu untuk tujuan program penambahbaikan pada masa akan datang) setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan serta tuntutan pelbagai analisis oleh pelbagai pihak dalam waktu yang singkat telah mendorong penulis menghasilkan fail eForm Setiausaha Peperiksaan (eForm SUPEP). Tambahan pula terdapat analisis data yang sangat berguna (Near Miss Cemerlang, Near Miss Lulus dan Analisis Taburan Peratus dan Analisis Taburan Gred Purata Mata Pelajaran) serta analisis senarai mengikut mata pelajaran atau kelas yang sering diabaikan apabila analisis secara manual dibuat lantaran kekangan masa dan beban tugas guru yang lain. Rakan SU Peperiksaan juga selalunya dibebankan apabila sering diminta analisis-analisis yang berkenaan daripada rakan Ketua Bidang atau Ketua Panitia. Maka dengan penggunaan tapak ini, SU Peperiksaan dapat membekalkan analisis yang lengkap merangkumi semua dalam satu fail sahaja. Rakan guru yang berkenaan boleh menjana dan mencetak sendiri analisis yang relevan dengan mata pelajaran masing-masing.

Konsep

Fail e-Form SUPEP berkonsepkan borang elektronik yang dibina menggunakan MS Excel 2003. Fail merupakan borang tapak (template form) yang disusun rapi untuk memudahkan penggunaannya. Penggunaan fail ini dapat membantu Setiausaha Peperiksaan membuat pelbagai analisis keputusan peperiksaan dengan lebih efektif dan bebas daripada sebarang kesilapan. Ianya juga dapat memudahkan pihak Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran dan guru subjek untuk menganalisis dan seterusnya merancang strategi kearah meningkatkan prestasi akademik pada masa akan datang. Template ini sentiasa dibuat penambahbaikan dari segi output seiring dengan cadangan dan permintaan daripada rakan-rakan pengguna berdaftar.

5 DALAM 1

Fail ini fleksibel digunakan untuk jenis peperiksaan awam berikut:
1. UPSR (tidak relevan kerana telah dimansuhkan)
2. PT3
3. SPM
4. SMU
5. STAM

Formula pengiraan dan analisis yang digunakan akan berubah mengikut jenis peperiksaan yang dimasukkan oleh pengguna.

Hard copy kepada digital



Penggunaan fail ini juga bermakna data keputusan telah dijadikan sebagai 'Softcopy' atau digital, maka ianya memudahkan pihak SU Peperiksaan menyerahkan laporan kepada pihak yang memerlukan (Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia dan rakan guru) melalui email ataupun telefon pintar. Fungsi fail dalam versi terbaru juga mampu menyimpan rekod prestasi sekolah dan setiap mata pelajaran dalam 5 tahun terakhir yang seterusnya sangat memudahkan membuat perbandingan prestasi pada bila-bila masa tanpa menyelongkar pelbagai fail fizikal lagi.

Sumber Data asas

Pihak SU Peperiksaan perlu memasukkan semua data keputusan (dalam bentuk gred) setiap pelajar sebagai sumber data asas dalam Helaian DATA INDIVIDU untuk dianalisis. Proses ini mungkin agak lambat namun data dapat dianalisis secara maksimum dan dimanipulasi untuk pelbagai kegunaan dalam masa yang singkat seperti merancang program peningkatan seterusnya. 

Keperluan Sistem




Pengguna perlu mempunyai aplikasi MS Excel sekurang-kurangnya versi 2003 atau versi lebih tinggi pada PC yang akan digunakan. Macro pada aplikasi MS Excel perlu disetkan kepada ENABLE untuk membolehkan arahan-arahan yang VBA pada fail dilaksanakan. Kemhiran dan pengetahuan yang tinggi tidak diperlukan dalam penggunaan template ini kerana telah disetkan secara auto untuk menjana ouput yang telah ditetapkan. Pengguna hanya perlu input data asas yang diperlukan sahaja.

Pengguna Berdaftar

Untuk menggunakan fail ini pengguna perlu membuat tempahan khas atas nama sekolah sebagai pengguna berdaftar.

Pengguna berdaftar boleh menggunakan fail tanpa had seperti membuat salinan atau save ke dalam mana-mana PC. Tiada proses installation diperlukan (kecuali pengguna yang belum mempunyai MS Excel).


Pengguna berdaftar juga akan sentiasa memperolehi pakej versi terkini (T&C) secara percuma sekiranya terdapat versi baru dikeluarkan.

Sila isikan borang tempahan online melalui link yang disediakan di sebelah kanan blog ini.