Pencetus idea
Melihat kesukaran rakan sejawat membuat analisis tambahan secara manual (seperti membina graf atau mengeluarkan senarai nama berdasarkan keperluan tertentu untuk tujuan program penambahbaikan pada masa akan datang) setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan serta tuntutan pelbagai analisis oleh pelbagai pihak dalam waktu yang singkat telah mendorong penulis menghasilkan fail eForm Setiausaha Peperiksaan (eForm SUPEP). Tambahan pula terdapat analisis data yang sangat berguna (Near Miss Cemerlang, Near Miss Lulus dan Analisis Taburan Peratus dan Analisis Taburan Gred Purata Mata Pelajaran) serta analisis senarai mengikut mata pelajaran atau kelas yang sering diabaikan apabila analisis secara manual dibuat lantaran kekangan masa dan beban tugas guru yang lain. Rakan SU Peperiksaan juga selalunya dibebankan apabila sering diminta analisis-analisis yang berkenaan daripada rakan Ketua Bidang atau Ketua Panitia. Maka dengan penggunaan tapak ini, SU Peperiksaan dapat membekalkan analisis yang lengkap merangkumi semua dalam satu fail sahaja. Rakan guru yang berkenaan boleh menjana dan mencetak sendiri analisis yang relevan dengan mata pelajaran masing-masing.Konsep
Fail e-Form SUPEP berkonsepkan borang elektronik yang dibina menggunakan MS Excel 2003. Fail merupakan borang tapak (template form) yang disusun rapi untuk memudahkan penggunaannya. Penggunaan fail ini dapat membantu Setiausaha Peperiksaan membuat pelbagai analisis keputusan peperiksaan dengan lebih efektif dan bebas daripada sebarang kesilapan. Ianya juga dapat memudahkan pihak Pentadbir, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran dan guru subjek untuk menganalisis dan seterusnya merancang strategi kearah meningkatkan prestasi akademik pada masa akan datang. Template ini sentiasa dibuat penambahbaikan dari segi output seiring dengan cadangan dan permintaan daripada rakan-rakan pengguna berdaftar.5 DALAM 1
Fail ini fleksibel digunakan untuk jenis peperiksaan awam berikut:
1. UPSR (tidak relevan kerana telah dimansuhkan)
2. PT3
3. SPM
4. SMU
5. STAM
Formula pengiraan dan analisis yang digunakan akan berubah mengikut jenis peperiksaan yang dimasukkan oleh pengguna.
Formula pengiraan dan analisis yang digunakan akan berubah mengikut jenis peperiksaan yang dimasukkan oleh pengguna.
Hard copy kepada digital
Sumber Data asas
Pihak SU Peperiksaan perlu memasukkan semua data keputusan (dalam bentuk gred) setiap pelajar sebagai sumber data asas dalam Helaian DATA INDIVIDU untuk dianalisis. Proses ini mungkin agak lambat namun data dapat dianalisis secara maksimum dan dimanipulasi untuk pelbagai kegunaan dalam masa yang singkat seperti merancang program peningkatan seterusnya.Keperluan Sistem
Pengguna perlu mempunyai aplikasi MS Excel sekurang-kurangnya versi 2003 atau versi lebih tinggi pada PC yang akan digunakan. Macro pada aplikasi MS Excel perlu disetkan kepada ENABLE untuk membolehkan arahan-arahan yang VBA pada fail dilaksanakan. Kemhiran dan pengetahuan yang tinggi tidak diperlukan dalam penggunaan template ini kerana telah disetkan secara auto untuk menjana ouput yang telah ditetapkan. Pengguna hanya perlu input data asas yang diperlukan sahaja.
Pengguna Berdaftar
Untuk menggunakan fail ini pengguna perlu membuat tempahan khas atas nama sekolah sebagai pengguna berdaftar.
Pengguna berdaftar boleh menggunakan fail tanpa had seperti membuat salinan atau save ke dalam mana-mana PC. Tiada proses installation diperlukan (kecuali pengguna yang belum mempunyai MS Excel).
Pengguna berdaftar juga akan sentiasa memperolehi pakej versi terkini (T&C) secara percuma sekiranya terdapat versi baru dikeluarkan.
Sila isikan borang tempahan online melalui link yang disediakan di sebelah kanan blog ini.
Versi terkini 10/06/2020 sempena keputusan rasmi SPM 2020. Sila dapatkan untuk sekolah anda. Pengguna berdaftar memperoleh versi terbaru secara percuma
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu..boleh saya tahu berapa harga utk pakej Aliran Perdana?
ReplyDeleteSebarang pertanyaan boleh ke Whatsapp 0135450160
ReplyDelete